pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Friday 27 July 2012

PENGARUH 2.0

Salamualaikum, dan Hai. Saya Sayyid. Seperti yang saya sisipkan dalam entri sebelum ini, mengenai pengaruh, nah, ini sambungannya.


Saya tertarik dengan satu kajian berbunyi " Erikson's stages of psychosocial development ". Secara umumnya, kajian oleh Erik Erikson ini menyentuh tentang perkembangan manusia secara sihat dari lingkungan umur bayi hingga lewat dewasa dalam lapan tahap. Kalau mahu lebih fahami, google mungkin boleh membantu. Menurut kajian, dalam range umur 0-19 seseorang manusia, hidupnya berkisar pada virtues tertentu antaranya ialah hope, competence, purpose, fidelity dan will. Dan, dipercayai, di tahap ini, seorang manusia itu cenderung untuk belajar dari orang lain dan keadaan sekeliling.


Sudah, cukup dengan hujah dari dunia barat.


Dari arah dunia islam pula, sebuah hadis masyhur riwayat Bukhari dan Muslim,


 “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”.


Nah, ternyata, peranan pendidikan oleh Mama Papa secara khususnya, orang sekekeliling secara umumnya adalah penting. Penting yang kritikal. Nabi juga punya cara sendiri mendidik anak-anak. Yang Nabi ajarkan pada kita, hingga sampai tempoh tertentu saja kita dibenarkan menegur atau menegah secara fizikal, tapi tidak ekstrim sehingga mencederakan.


Sebenarnya, saya sendiri belum betul-betul menguasai ilmu pengaruh terhadap kanak-kanak, kerana saya sendiri belum punya portfolio (baca:anak) untuk menjadi bukti. Pengalaman pun, apalah sangat dibandingkan dengan orang lain. Cuma, saya betul-betul terkesan dengan peristiwa di surau beberapa minggu sudah.


Okay, semoga berjumpa lagi! Salam 1Aqidah dari Sayyid! Nah Ahmad, lepas ni giliran kamu menulis.



Thursday 12 July 2012

PENGARUH

Salamualaikum, hai. Saya Sayyid, teman Ahmad. Dia ada pesan pada saya untuk menulis buat mengisi entri di blog dia sebab dah terlampau lama dia tidak menulis.Jadinya, Mohon tunjuk ajar ya. :)


Satu malam, usai solat isya' di sebuah surau, berjemaah bersama teman, Sayyid terdengar lima enam kanak-kanak belum capai usia remaja bermain/bergurau di belakang surau. Apa yang menarik minat Sayyid ialah gaya bahasa yang dia orang guna untuk berlelucon ialah gaya bahasa yang digunakan dalam filem-filem lokal sekarang.


"Ada aku kisah?", "kau tak puas hati ke? bak datang la!", " woi, jangan nak langsi sangat woi!" dan macam-macam lagi. Sayyid pun jadi terkejut, sampai begitu efek filem pada kanak-kanak. Dialog-dialog dalam filem lokal terutamanya, boleh dimasukkan dalam perbualan. 


Dan, memang sekarang musim cerita tempatan semua nak bergenre gangster, ganas, gaduh, maki-hamun. Secara senyap, kanak-kanak yang menonton jadi seronok dan ikut terbawa mengulang dialog-kurang-sopan pelakon dalam perbualan seharian dengan teman, bahkan lebih teruk dengan keluarga.


Oh, kejap, Sayyid lapar, nanti Sayyid sambung menulis. Boleh kan? :)