pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Thursday, 17 May 2012

Istimewa, ibrah dari Taare Zameen Par.

Mereka istimewa, kita istimewa, semua istimewa.


Ahmad baru selesai menonton semula cerita menarik dan penuh mesej keluaran dunia bollywood, 'Taare Zameen Par'. Filem yang dibintangi dan dihasilkan pelakon terkenal Aamir Khan ditemani adik 'Ishaan' atau Darsheel Safary (nama sebenar). Ahmad tak berminat nak buat review atau sinopsis untuk filem hebat ni. Boleh tonton sendiri.

Taare Zameen Par, antara filem berkualiti hasil dari Hindutan.


Cuma Ahmad nak cakap, yang Ahmad dapat satu mesej jelas, tiada siapa yang tidak normal, tiada siapa yang cacat, tiada siapa yang malang, cuma Tuhan cipta kita dengan penuh keistimewaan dalam rahsia. Lihat Ishaan, dia ada penyakit, oh silap, dia ada kelebihan menghadapi disleksia, tapi dia istimewa. Tak percaya? boleh tengok balik filem tu. tak rugi. :)

Einstein dikatakan menghidap Sindrom Asperger.


Ahmad sendiri punya ahli keluarga yang istimewa, yang Tuhan hadiahkan dia keistimewaan punyai penyakit Down Syndrom. Tapi Ahmad tak nampak itu satu kekurangan mahupun kecacatan mahupun kurang normal. Ahmad anggap, dia istimewa, dan pastinya, Tuhan janjikan syurga buat dia. InsyaAllah.


Contoh orang yang diberi keistimewaan menghadapi Down syndrome.




Tuhan Maha Esa berfirman; 

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. [95,4]


Jadinya, sesiapa pun, termasuk mereka yang Tuhan anugerahkan keistimewaan seperti Disleksia, Down Sindrom, Autisma dan Sindrom Asperger adalah makhluk yang Tuhan ciptakan sebaik-baiknya, dalam rahsia. Benarlah, Tuhan bekerja penuh rahsia.


Mohon kita doakan untuk kita semua agar Tuhan tak berhenti limpahkan keistimewaan pada kita. Salam istimewa. :)



Wednesday, 16 May 2012

Sepucuk surat eletronik

Untuk Guru, yang dari semenjak Ahmad tadika, tadika, tadika (ya, Ahmad ada banyak tadika, sebab Ahmad suka belajar), Sekolah Rendah Islam Hira', Sekolah Menengah Islam Hira', Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Pusat Asasi UIAM dan Sekolah Memandu Shahbandar. Nah,


sekelumit usaha ini, pastinya belum setimpal dengan se-infiniti jasa.

Tuesday, 15 May 2012

kata dia, cinta itu.

Kata Kak Ayyatul Husna,


 Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..


Kata Kak Anna Althafunnisa',


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

berbaloi lagi tengok cerita ni dari tengok cerita..err...emm..7 petala  langit, eh, 7 petala  syurga, eh..apa-apalah.

Sunday, 6 May 2012

Ahmad, hati, terduduk, menangis.

Mama : Ahmad, malam ni, Ahmad nak makan apa? Makan nasi arab nak? Mama belikan nasi arab boleh?
Ahmad : Ala Mama, Ahmad dah bosan makan nasi arab, asyik nasi arab aja, dah selalu. Kali ni, Ahmad nak makan pizza.
Mama : Oh, jadinya, Ahmad tak mahu nasi arab, Ahmad nak makan pizza ya? Ok, Mama belikan Pizza Hut ya?
Ahmad : Ala Mama, Pizza Hut aja, kali ni, Ahmad nak makan Dominos pulak.
Mama : Ok.


***
Ahmad terduduk. Allah bagi dia macam-macam. Ahmad diberi peluang memilih menu untuk makan. Dia jadi lupa pada saudara-adik-abang dia di tempat lain. Dia minta itu, dia minta ini. Tapi jarang-jarang Ahmad bersyukur.

Ahmad terduduk. Dia memilih menu untuk makan malam. Dia bosan dengan nasi arab, dia muak dengan pizza. Dia boleh bosan dan muak?. Apa dia sudah lupa? entah saudara-adik-abang-kakak-ibu-ayah dia di tempat lain  dapat makan sesuap nasi, entah tidak. Entah mereka semua dapat peluang memilih menu untuk makan, entah tidak.

Ahmad terduduk. Hati menangis. 

Friday, 4 May 2012

Soal rezeki

Untuk semua,

Setitik air di hujung jarum
Jadi rezeki seluruh umat.
[Lefthanded]

Monday, 30 April 2012

Pemimpin


Setiap dari kita adalah pemimpin. Ayuh jadi pemimpin yang benar-benar memimpin. Dan yang bersih. :)

Thursday, 12 April 2012

belum jejak HERO

Tahap hidup Ahmad yang kali ini, Ahmad rasakan jutaan kelainan.

Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan untuk berpuasa sunat. Ahmad kata, OK!.
Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan, "musolla, musolla, solat!". Ahmad kata, OK!
Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan untuk bangkit awal tunaikan qiam. Ahmad kata, OK!
Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan untuk segera ke halaqah. Ahmad kata, OK!

Tapi sekarang,

Jarang-jarang ada orang ingatkan. 
Tapi, Ahmad bersyukur sebab Allah masih hantar pertolongan dgn m'hadiahkan Ahmad teman-teman bilik yg sudi mengingatkan, walaupun tak se-qawiy dulu. Dan teman-teman bulatan gembira.

Dulu, masa Ahmad masih sekolah, Ahmad selalu dengar, "zaman sekolah ni ujian tak sehebat ujian zaman universiti nanti."
Sekarang, masa Ahmad di universiti, Ahmad akan dengar, "Ahmad, zaman universiti ni ujian tak sehebat ujian zaman dah berkeluarga dah bekerjaya nanti."
Entah-entah, nanti masa Ahmad dah berkeluarga bekerjaya, Ahmad akan dengar, "Ahmad, zaman usia senja usia emas ni ujian tak sehebat ujian bila sudah dipanggil Tuhan nanti."

Akhirnya, Ahmad sendiri menyimpulkan, setiap zaman ada ujian dan setiap ujian adalah hebat. Jadi, orang yg lepas dan mampu hadapi semua uian yang hebat tu, mesti hebat dan power. Dan dia adalah seorang, HERO.