Mama : Ahmad, malam ni, Ahmad nak makan apa? Makan nasi arab nak? Mama belikan nasi arab boleh?
Ahmad : Ala Mama, Ahmad dah bosan makan nasi arab, asyik nasi arab aja, dah selalu. Kali ni, Ahmad nak makan pizza.
Mama : Oh, jadinya, Ahmad tak mahu nasi arab, Ahmad nak makan pizza ya? Ok, Mama belikan Pizza Hut ya?
Ahmad : Ala Mama, Pizza Hut aja, kali ni, Ahmad nak makan Dominos pulak.
Mama : Ok.
***
Ahmad terduduk. Allah bagi dia macam-macam. Ahmad diberi peluang memilih menu untuk makan. Dia jadi lupa pada saudara-adik-abang dia di tempat lain. Dia minta itu, dia minta ini. Tapi jarang-jarang Ahmad bersyukur.
Ahmad terduduk. Dia memilih menu untuk makan malam. Dia bosan dengan nasi arab, dia muak dengan pizza. Dia boleh bosan dan muak?. Apa dia sudah lupa? entah saudara-adik-abang-kakak-ibu-ayah dia di tempat lain dapat makan sesuap nasi, entah tidak. Entah mereka semua dapat peluang memilih menu untuk makan, entah tidak.
Ahmad terduduk. Hati menangis.
No comments:
Post a Comment