masa nak baca, mainkan sekali 'if you are my love' karya Kajiura Yuki. menarik.
Masa tunggu dalam kereta, hujan renyai, Ahmad duduk selesa, dan terfikir.
Ahmad bukan sesiapa.
Ahmad malu dan takut. Bukan sebab apa, tapi Ahmad akan jadi malu dan takut bila ada orang datang pada Ahmad, dan tanya, "Ahmad, apa pandangan awak tentang hukum..." atau "Abang Ahmad, rasanya, mana universiti yang sesuai untuk saya...". Soalan-soalan berbentuk rupa ni yang buat Ahmad malu dan takut.
Ahmad bukan sesiapa.
Kecut hati Ahmad bila ada adik bertanya minta pendapat dan bantuan untuk memilih universiti untuk dia. Sedangkan Ahmad sendiri bukanlah pelajar lepasan SPM yang cemerlang sampai dapat panggilan dari Universiti-universiti hebat atau tawaran-tawaran biasiswa untuk pelajar cemerlang. Ahmad masuk menara gading pun atas kemasukan kedua. Jadi, sejauh mana autoriti Ahmad untuk memberi sebarang respon untuk soalan adik tu?
Ahmad bukan sesiapa.
Canggung Ahmad bila ada sahabat bertanya tentang kewajaran untuk sambung pelajaran ke luar negara. Sedangkan Ahmad sendiri tidak belajar luar negara. Malahan, Ahmad pernah berpeluang ke luar negara, sudah di sana, niatnya untuk sambung belajar, seminggu disana, Ahmad pulang. Jadi, sejauh mana Ahmad punya autoriti untuk respon pada pertanyaan sahabat Ahmad tu?
Ahmad bukan sesiapa.
Janggal Ahmad rasa bila ada teman meminta pandangan dan pencerahan berkenaan hukum-hakam agama. Sedangkan, untuk sesetengah hukum tu, kadang Ahmad sendiri lupa, tak tahu malahan tak buat atau langgar terus. Ahmad punyai sejarah silam yang tak berapa nak indah, jadinya, Ahmad bukanlah seorang yang sangat muhsin (baca: alim). Jadi sejauh mana autoriti Ahmad memberi pandangan atau pencerahan untuk teman Ahmad tu?
Sudahnya, Ahmad jadi malu-malu dan takut-takut nak memberi jawapan. Takut jawapan makan tuan. Tapi kekadang, Ahmad terlepas juga ya-ya bagi jawapan. Lepas tu, Ahmad akan rasa takut balik.
Ahmad hanya mampu berdoa, agar soalan-soalan tak terus datang yang buat Ahmad malu dan takut. Dan Ahmad doa agar bulan selalu terang. :(
No comments:
Post a Comment