pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Saturday, 23 February 2013

Depresi

Kebelakangan ni, Ahmad cepat muram.
Ahmad sendiri taktau apa yang tak kena. Ahmad jadi cepat bosan, mudah distracted dan selalu letih.
Ahmad serba-salah. Kesian bila tengok ka....

Ah, Ahmad takmau cerita lagi. Tapi, Ahmad syak, kemurungan dan depresi ni ada kaitan dengan keadaan sekeliling, politik, lingkungan sosial dan diri sendiri.

Sunday, 28 October 2012

Apa komposisi cinta?

Perbualan bermula, antara Ahmad (bukan nama sebenar) dengan Afiq.

Ahmad: " Kalau rindu, lepaskan dalam doa. Kalau rindu, khabarkan dalam sujud. Cinta itu kan yang menguatkan, bagaimana saja cinta menjadi yang melemahkan?"


Afiq: " Bagaimana cinta itu yang menjadi kekuatan, sedangkan tumpah airmata pemuda ditinggalkan kekasih? Cinta itu sendiri satu kelemahan dan melemahkan!"


Ahmad:  " Tenang, lihat Nabi, cinta Baginda pada Tuhan adalah kekuatan untuk Baginda mendirikan Solat walau kaki sudah bengkak, walau diri bersih dari dosa yang terdahulu dan yang akan datang, walau diri dijamin syurga, jadi yang bagaimana cinta itu melemahkan?"


Afiq: " Cinta itu benar-benar melemahkan! Lihat saja pada si gadis yang gagal dalam percintaan, bunuh diri jadi pilihan. Lagi, lihat saja pada si jejaka yang tumpas dalam percintaan, sehingga kononnya tak mampu fokus dalam pekerjaan. Mandi tak basah, makan tak kenyang, ah karut, itu semua kan tanda kelemahan."


Ahmad: " Afiq, kalau yang begitu, bukan cinta. Itu bukan cinta. Bukan cinta yang sebenar. Kata Tuhan dalam bahagian Ali Imran, "Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Nah, itu komposisi cinta yang sebenar, pada frasa 'ikutilah aku' itu.


Afiq: Maaf Ahmad, tak dapat saya fahami dan kaitkan ayat-ayat Tuhan tu dengan apa yang kita bualkan.


Ahmad: Nabi tak mengajar bercinta bukan pada masanya. Nabi tak mengajar bercinta tidak mengikut lunasnya. Nabi tak mengajar cinta yang tak berpaksi pada Yang Mencipta Cinta. Frasa 'ikutilah aku' itu merupakan ajakan dari Nabi, memanggil kita mencontohi si dia, baginda yang dicintai Tuhan.


Afiq: Jadi, mengikut jalan yang ditunjuk baginda Muhammad, akan menzahirkan makna cinta yang sebenar, yang menguatkan bukan melemahkan?


Ahmad: Benar, dia yang digelar kekasih Allah, yang bercinta dengan Tuhannya, malah dicintai Tuhannya.


Afiq: Jadi yang bagaimana cinta olahan baginda Muhammad? Apa komposisi cinta Muhammad pada Yang Mencipta Cinta?



Perbualan tertangguh. Ahmad (bukan nama sebenar) senyum.


Monday, 10 September 2012

Apa?

Surat khas buat Ahmad, khususnya, buat teman-teman, umumnya. 

Cinta sudah dikhianati. Dikhianati hingga cinta hanya pada paras rupa, pada lesung pipit, pada yang bermata jeli, pada yang berbibir mungil, pada yang berwajah bersih.
Apa itu cinta? 
Cinta sudah disepahkan. Disepahkan sehingga cinta manifestasinya kadang hanya di dalam semak belukar, pada pesta malam kemerdekaan, pada restoran-restoran kononnya untuk elitis.
 Apa itu cinta?
Cinta sudah dicabul. Dicabul dengan cinta hanya pada bait kata manis dalam sistem pesanan ringkas, hanya pada sela-sela kata dalam kotak berbual, hanya pada perbualan lewat malam hingga dinihari.
 Apa itu cinta?
Apakah benar cinta hanya untuk yang comel bergambar dan dipampang di dinding laman sesawang? Apa benar cinta bersemi dengan berdua bergurau senda di Starbucks? Apa benar cinta hanya untuk yang berpurdah menutup muka atau yang berserban menutup kepala?
Ahmad jadi sedih. Ahmad sendiri tak tahu apa itu cinta. Entah apa jawapan Ahmad kalau ada yang bertanya soal cinta.


Friday, 27 July 2012

PENGARUH 2.0

Salamualaikum, dan Hai. Saya Sayyid. Seperti yang saya sisipkan dalam entri sebelum ini, mengenai pengaruh, nah, ini sambungannya.


Saya tertarik dengan satu kajian berbunyi " Erikson's stages of psychosocial development ". Secara umumnya, kajian oleh Erik Erikson ini menyentuh tentang perkembangan manusia secara sihat dari lingkungan umur bayi hingga lewat dewasa dalam lapan tahap. Kalau mahu lebih fahami, google mungkin boleh membantu. Menurut kajian, dalam range umur 0-19 seseorang manusia, hidupnya berkisar pada virtues tertentu antaranya ialah hope, competence, purpose, fidelity dan will. Dan, dipercayai, di tahap ini, seorang manusia itu cenderung untuk belajar dari orang lain dan keadaan sekeliling.


Sudah, cukup dengan hujah dari dunia barat.


Dari arah dunia islam pula, sebuah hadis masyhur riwayat Bukhari dan Muslim,


 “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”.


Nah, ternyata, peranan pendidikan oleh Mama Papa secara khususnya, orang sekekeliling secara umumnya adalah penting. Penting yang kritikal. Nabi juga punya cara sendiri mendidik anak-anak. Yang Nabi ajarkan pada kita, hingga sampai tempoh tertentu saja kita dibenarkan menegur atau menegah secara fizikal, tapi tidak ekstrim sehingga mencederakan.


Sebenarnya, saya sendiri belum betul-betul menguasai ilmu pengaruh terhadap kanak-kanak, kerana saya sendiri belum punya portfolio (baca:anak) untuk menjadi bukti. Pengalaman pun, apalah sangat dibandingkan dengan orang lain. Cuma, saya betul-betul terkesan dengan peristiwa di surau beberapa minggu sudah.


Okay, semoga berjumpa lagi! Salam 1Aqidah dari Sayyid! Nah Ahmad, lepas ni giliran kamu menulis.



Thursday, 12 July 2012

PENGARUH

Salamualaikum, hai. Saya Sayyid, teman Ahmad. Dia ada pesan pada saya untuk menulis buat mengisi entri di blog dia sebab dah terlampau lama dia tidak menulis.Jadinya, Mohon tunjuk ajar ya. :)


Satu malam, usai solat isya' di sebuah surau, berjemaah bersama teman, Sayyid terdengar lima enam kanak-kanak belum capai usia remaja bermain/bergurau di belakang surau. Apa yang menarik minat Sayyid ialah gaya bahasa yang dia orang guna untuk berlelucon ialah gaya bahasa yang digunakan dalam filem-filem lokal sekarang.


"Ada aku kisah?", "kau tak puas hati ke? bak datang la!", " woi, jangan nak langsi sangat woi!" dan macam-macam lagi. Sayyid pun jadi terkejut, sampai begitu efek filem pada kanak-kanak. Dialog-dialog dalam filem lokal terutamanya, boleh dimasukkan dalam perbualan. 


Dan, memang sekarang musim cerita tempatan semua nak bergenre gangster, ganas, gaduh, maki-hamun. Secara senyap, kanak-kanak yang menonton jadi seronok dan ikut terbawa mengulang dialog-kurang-sopan pelakon dalam perbualan seharian dengan teman, bahkan lebih teruk dengan keluarga.


Oh, kejap, Sayyid lapar, nanti Sayyid sambung menulis. Boleh kan? :)


Thursday, 31 May 2012

Malu dan Takut.

masa nak baca, mainkan sekali 'if you are my love' karya Kajiura Yuki. menarik.


Masa tunggu dalam kereta, hujan renyai, Ahmad duduk selesa, dan terfikir.


Ahmad bukan sesiapa.
Ahmad malu dan takut. Bukan sebab apa, tapi Ahmad akan jadi malu dan takut bila ada orang datang pada Ahmad, dan tanya, "Ahmad, apa pandangan awak tentang hukum..." atau "Abang Ahmad, rasanya, mana universiti yang sesuai untuk saya...". Soalan-soalan berbentuk rupa ni yang buat Ahmad malu dan takut.


Ahmad bukan sesiapa.
Kecut hati Ahmad bila ada adik bertanya minta pendapat dan bantuan untuk memilih universiti untuk dia. Sedangkan Ahmad sendiri bukanlah pelajar lepasan SPM yang cemerlang sampai dapat panggilan dari Universiti-universiti hebat atau tawaran-tawaran biasiswa untuk pelajar cemerlang. Ahmad masuk menara gading pun atas kemasukan kedua. Jadi, sejauh mana autoriti Ahmad untuk memberi sebarang respon untuk soalan adik tu?


Ahmad bukan sesiapa.
Canggung Ahmad bila ada sahabat bertanya tentang kewajaran untuk sambung pelajaran ke luar negara. Sedangkan Ahmad sendiri tidak belajar luar negara. Malahan, Ahmad pernah berpeluang ke luar negara, sudah di sana, niatnya untuk sambung belajar, seminggu disana, Ahmad pulang. Jadi, sejauh mana Ahmad punya autoriti untuk respon pada pertanyaan sahabat Ahmad tu?


Ahmad bukan sesiapa.
Janggal Ahmad rasa bila ada teman meminta pandangan dan pencerahan berkenaan hukum-hakam agama. Sedangkan, untuk sesetengah hukum tu, kadang Ahmad sendiri lupa, tak tahu malahan tak buat atau langgar terus. Ahmad punyai sejarah silam yang tak berapa nak indah, jadinya, Ahmad bukanlah seorang yang sangat muhsin (baca: alim). Jadi sejauh mana autoriti Ahmad memberi pandangan atau pencerahan untuk teman Ahmad tu?


Sudahnya, Ahmad jadi malu-malu dan takut-takut nak memberi jawapan. Takut jawapan makan tuan. Tapi kekadang, Ahmad terlepas juga ya-ya bagi jawapan. Lepas tu, Ahmad akan rasa takut balik.


Ahmad hanya mampu berdoa, agar soalan-soalan tak terus datang yang buat Ahmad malu dan takut. Dan Ahmad doa agar bulan selalu terang. :(



Thursday, 17 May 2012

Istimewa, ibrah dari Taare Zameen Par.

Mereka istimewa, kita istimewa, semua istimewa.


Ahmad baru selesai menonton semula cerita menarik dan penuh mesej keluaran dunia bollywood, 'Taare Zameen Par'. Filem yang dibintangi dan dihasilkan pelakon terkenal Aamir Khan ditemani adik 'Ishaan' atau Darsheel Safary (nama sebenar). Ahmad tak berminat nak buat review atau sinopsis untuk filem hebat ni. Boleh tonton sendiri.

Taare Zameen Par, antara filem berkualiti hasil dari Hindutan.


Cuma Ahmad nak cakap, yang Ahmad dapat satu mesej jelas, tiada siapa yang tidak normal, tiada siapa yang cacat, tiada siapa yang malang, cuma Tuhan cipta kita dengan penuh keistimewaan dalam rahsia. Lihat Ishaan, dia ada penyakit, oh silap, dia ada kelebihan menghadapi disleksia, tapi dia istimewa. Tak percaya? boleh tengok balik filem tu. tak rugi. :)

Einstein dikatakan menghidap Sindrom Asperger.


Ahmad sendiri punya ahli keluarga yang istimewa, yang Tuhan hadiahkan dia keistimewaan punyai penyakit Down Syndrom. Tapi Ahmad tak nampak itu satu kekurangan mahupun kecacatan mahupun kurang normal. Ahmad anggap, dia istimewa, dan pastinya, Tuhan janjikan syurga buat dia. InsyaAllah.


Contoh orang yang diberi keistimewaan menghadapi Down syndrome.




Tuhan Maha Esa berfirman; 

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. [95,4]


Jadinya, sesiapa pun, termasuk mereka yang Tuhan anugerahkan keistimewaan seperti Disleksia, Down Sindrom, Autisma dan Sindrom Asperger adalah makhluk yang Tuhan ciptakan sebaik-baiknya, dalam rahsia. Benarlah, Tuhan bekerja penuh rahsia.


Mohon kita doakan untuk kita semua agar Tuhan tak berhenti limpahkan keistimewaan pada kita. Salam istimewa. :)