pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Sunday, 18 December 2011

biar jadi abnormal

*sebelum membaca,sila pilih "orochi:kitaro" sebagai muzik latar.ini serious.


Kalau berbuat dosa besar tanpa menggeletar,rasa takut,rasa seram sejuk dan gugup dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau tinggal solat dalam hati rasa tenang,tak teringat langsung tak rasa nak ganti cepat-cepat dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau cakap banyak tapi tak serupa bikin,tegur sana-sini tapi sendiri tak terurus dan tak ada usaha baikpulih dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau tak baca Quran tak berdoa tadah tangan berhari-hari,tak berusaha nak buat siiiikit pun dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau suka tengok aurat perempuan tanpa rasa getar pada iman,berborak dengan kawan bincang tentang perempuan 'panas' dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau buat kesalahan dalam hidup kemudian rasa aman dan tiada rasa sesalan dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Tapi,Ahmad dalam usaha.Doakan Ahmad. 


p/s : Ahmad kan muda lagi!. No offense

Monday, 12 December 2011

Kalau

*sebelum baca,sila pilih "parachute:kitaro" sebagai muzik latar.ini serious.


Surat untuk sesiapa yang tak keruan.


  Salam,kesian awak yang tak keruan.Jauh impak tak keruan awak.Kalau awak rasa menulis dalam blog,dalam facebook,dalam twitter dan dalam tumblr,bercerita tentang perasan tak keruan awak,mencatat segala jerih payah awak dan mengharap ia akan hilang bila ditulis,teruskanlah.Tulislah sebanyak mungkin post atau entri.Biar sampai awak lega.


Awak yang tak keruan,
  Awak harus ingat,dalam awak menulis entri,merangka tweet atau membuat posttumblr baru,meluahkan segala,awak kena berdoa.Atau awak boleh kemudiankan post-post tu selepas bercerita dengan Tuhan.Awak kena cerita biar Tuhan tahu lebih dahulu daripada mark zuckenberg,jack dorsey dan david karp.Apa sekalipun masalah atau kerumitan yang awak hadapi,pastinya adalah daripada Tuhan.Jadi,penyelesaian harus dariNya.


Awak yang tak keruan,
  Awak harus ingat,semasa,atau sebelum dan sesudah awak cerita kesulitan awak pada dunia,awak mesti berusaha menyelesaikan masalah itu.Seorang diri mahupun dibantu orang lain.Awak mungkin boleh menyelesaikan masalah berpandu pada apa yang Nabi tinggalkan pada kita.Mungkin cara ni orang pandang kolot dan sudah lapuk dimakan zaman,tapi,percayalah,ia paling relevan dalam menyelesaikan masalah.Sesudah itu,jika selepas berusaha,tetapi Tuhan belum tunjuk,ya,belum tunjuk,(bukan tidak tunjuk),bermakna Tuhan masih sayang awak dan mahu uji awak.


Awak yang tak keruan,
  Tuhan tak akan uji hambaNya dengan ujian yang tak dapat hamba itu tangani.Cuma terserah pada kita,usaha dan masa.Teruskan tak keruan kalau yang tak keruan tu buat awak dekat dengan Tuhan.Kalau.


Sekian,kawan yang turut merasa tak keruan. :)


p/s : guna 'awak' sebagai kata ganti diri sebab tak jumpa yang lain yang lebih sopan.bukan nak 'gedik'.
p/s/s : surat ini relevan untuk semua orang yang tak keruan,dari perdana menteri kepada mereka yang berhutang dengan along.Termasuk Ahmad.
p/s/s/s : surat ini tak dituju secara spesifik.tapi..."siapa makan cili terasa pedasnya"

Ahmad naik kapal

*sebelum baca,sila pasang "crying alone:kajiura yuki" sebagai muzik latar.ini serious.

Ahmad buka bukuhayat@diari.
entah ada entah tidak.
tapi,yang penting,Ahmad baru perasan,
cuti Ahmad,hampir tamat.

kali ni,biar Ahmad cerita pasal cuti Ahmad,yang hampir tamat.
Cuti kali ni,Ahmad naik kapal.nama kapal,Vermittler. (sila google translate cari maksud).
Berbulan Ahmad atas kapal,belayar.Ahmad kenal orang itu,Ahmad kenal orang ini.Ahmad kenal manusia begitu,Ahmad kenal manusia begini.

banyak Ahmad belajar dalam pelayaran sepanjang cuti Ahmad,yang hampir tamat.Banyak isu Ahmad bincangkan dengan kawan se-pelayaran.Ahmad bincang isu syariat,isu 'adalah,isu ibadah dan Ahmad juga bincang isu munakahat.

Allah indahkan lagi manis pelayaran ni dengan menambah perisa masin,pahit dan masam.Allah bubuh ujian dan campak dugaan dalam bersahabat,dalam menyelesai masalah,dalam menghadapi lelah dan dalam membawa diri.

Seronok Ahmad berpeluang membuktikan teori "kebijaksanaan orang 'lama' dan semangat orang 'baru' ".Ahmad berpeluang jumpa orang dengan akronim K,Long,Bai,Jer dan pelbagai lagi.

Misi pelayaran tu sebenarnya untuk membantu dan membimbing orang.Tapi Ahmad merasakan peserta pelayaran tu,Ahmad antaranya,lebih dibimbing dan dibantu.Ahmad belajar baaaanyaaak dari pelayaran kali ni.Ahmad belajar jaga hati orang,belajar route jalan di Kuala Lumpur,belajar memahami hati budi orang lain,belajar tips munakahat.ops.cukup.

Dan,kalau ahli pelayaran lain perasan,cuti kali ni Ahmad langsung tak meliar membawa kamera.Ahmad tak rasa rugi.Sebab Ahmad rakam dalam memori.
Ahmad akan ingat satu-satu wajah orang yang belayar.
Ahmad akan ingat satu-satu lagu yang Ahmad nyanyi dengan orang yang belayar.
Ahmad akan ingat satu-satu tempat singgah kapal layar.
Ahmad akan cuba ingat.

untuk kapten,terima kasih sebab sudi jemput Ahmad belayar walau tak layak.Ahmad tahu Ahmad kecil lagi.Ahmad kan muda.terima kasih kapten Bai.

Sudah,Ahmad nak berehat mengingat-ingat yang baik pasal pelayaran.
Sekian,untuk cuti Ahmad,yang hampir tamat.

Sunday, 11 December 2011

pengajaran dari pelancong asing

*sebelum membaca,sila mainkan "the tailor:kitaro" sebagai muzik latar.ini serious.


kurang lebih 5 hari Ahmad tidak di rumah.
kesana sini.
jumpa orang begitu begini.
sembang itu ini.
merasai macam tu macam ni.


antara waktu dalam 5 hari ni,Ahmad betul terkesan dengan senggang masa yang Ahmad luangkan di Kuala Lumpur.dalam 5 jam Ahmad duduk-duduk depan Bukit Bintang plaza.membaca sekeliling menafsir manusia.Lantas Ahmad teringat,kata-kata 'guru'nya : "kita manusia tiada kuasa menilai membandingtara manusia."


seorang pelancong asing tahu menghormati sahabat lain bangsa lain agama.
seorang pelancong asing perokok tegar tahu menghormati orang lain yang tidak merokok.
seorang pelancong asing membaca Quran mengisi masa.Ya,di BB plaza.
seorang pelancong asing tolong sama orang kedai mengutip sampah bersisa dari orang Malaysia.


Ahmad bukan taksub pelancong asing hingga berbangga bagai segala dengan pelancong asing.Cuma,laporan suratkhabar atau majalah arus perdana tentang perangai dan telatah orang asing di Malaysia tak menggambarkan seluruh imej mereka.Itu yang Ahmad belajar.Mungkin tak sampai separuh mereka yang buat kepala bermaharajalela tidak tahu adab buat masalah buat kacau di negara orang.


Jadi,Ahmad membuat keputusan,untuk tidak terus menilai manusia dengan pengaruh secara tidak langsung seperti suratkhabar,majalah dan artikel.Satu perkara yang akan membantu Ahamd menafsir manusia,dan pelancong asing khususnya iaitu Akal dan Mata.Ahmad masih belajar menggunakan ia sebaiknya,

Tuesday, 6 December 2011

ibrah filem

*sebelum baca,sila pilih "kitaro:ahn's house" sebagai muzik latar.ini serious.


kita lebih cenderung ke arah orang yang membuat kan kita menjadi "a better person'.In any ways.

perempuan yg suka bersolek,apabila dipuji solekannya,akan lebih cenderung ke arah org yg memuji itu.

lelaki yg suka bermain bola,apabila dikumpulkan dgn lelaki lain yg menjadikan lelaki ini lebih hebat bermain bola,in example of all-star teams,akan cenderung utk melepak dgn team tersebut.

Jadi,pilih siapa yg kita nak dia menjadi "a better person" dan pilih siapa yg kita nak dia buat kita jadi "a better person".

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan.

Monday, 5 December 2011

Ahmad pernah

*sebelum baca,sila mainkan "kitaro:mirage" sebagai muzik latar.ini serious.

Ahmad pernah ditanya,

"kenapa ada perempuan yang sanggup bersusah-payah pakai tudung,siap labuh menutup segala,tahan diri dari terjebak jauh dalam cinta,ikut program macam-macam,jadi volunteer ngo sana-sini,tak menjaja muka dalam internet,facebook ala-kadar,tak banyak bergambar,kenapa dia orang macam ni,apa stand dia orang?"

Ahmad sekadar senyap.malahan,tersenyum.
sejuk hati Ahmad.masih ada lagi srikandi dalam agama.sehingga dilihat masyarakat.
alhamdulillah.

Ahmad teringat hadith : 


Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."

 (HR. Muslim)

Islam itu akan kekal indah.andai manusia meletakkan Islam di matanya dengan sebenar pandangan.
Kan?


keistimewaan

sebelum baca,sila pilih "kitaro:koi" sebagai muzik latar.ini serious.


Allah dah takdirkan,
walau wanita boleh menjadi sehingga sebesar fitnah dalam dunia,
wanita tetap istimewa.


Allah dah takdirkan,
walau wanita digelar perhiasan dunia,
wanita tetap istimewa.


namun,tak semua istimewa.tak semua wanita bersikap istimewa.

berkali-kali Ahmad mengingatkan,
beruntunglah wanita yang istimewa.
beruntunglah sesiapa yang menjadi pelindungnya.

uh uh.

berpindah

*sebelum baca,sila pilih 'kitaro:silk road' sebagai background song.ini serious.

alhamdulillah.berhijrah.

kadang,bila hidup kita terlalu statik,kita mudah rasa bosan dan jemu.
dan bila begitu,kita akan cuba cari jalan keluar.
kadang,jalan yang kita pilih itu betul.
kadang,jalan yang kita pilih itu salah.

teman se'permainan' Ahmad pernah mengingatkan : "hijrah perlu akan pengorbanan"
jadi,korban yang Ahmad buat ialah memadam blog (baca:memori) yang sebelum ni.

ini medan baru Ahmad.
sekian.