pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Sunday 18 December 2011

biar jadi abnormal

*sebelum membaca,sila pilih "orochi:kitaro" sebagai muzik latar.ini serious.


Kalau berbuat dosa besar tanpa menggeletar,rasa takut,rasa seram sejuk dan gugup dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau tinggal solat dalam hati rasa tenang,tak teringat langsung tak rasa nak ganti cepat-cepat dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau cakap banyak tapi tak serupa bikin,tegur sana-sini tapi sendiri tak terurus dan tak ada usaha baikpulih dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau tak baca Quran tak berdoa tadah tangan berhari-hari,tak berusaha nak buat siiiikit pun dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau suka tengok aurat perempuan tanpa rasa getar pada iman,berborak dengan kawan bincang tentang perempuan 'panas' dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Kalau buat kesalahan dalam hidup kemudian rasa aman dan tiada rasa sesalan dikira normal,
Ahmad mahu jadi tak normal.Biar Ahmad jadi abnormal.


Tapi,Ahmad dalam usaha.Doakan Ahmad. 


p/s : Ahmad kan muda lagi!. No offense

No comments:

Post a Comment