pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Monday 12 December 2011

Kalau

*sebelum baca,sila pilih "parachute:kitaro" sebagai muzik latar.ini serious.


Surat untuk sesiapa yang tak keruan.


  Salam,kesian awak yang tak keruan.Jauh impak tak keruan awak.Kalau awak rasa menulis dalam blog,dalam facebook,dalam twitter dan dalam tumblr,bercerita tentang perasan tak keruan awak,mencatat segala jerih payah awak dan mengharap ia akan hilang bila ditulis,teruskanlah.Tulislah sebanyak mungkin post atau entri.Biar sampai awak lega.


Awak yang tak keruan,
  Awak harus ingat,dalam awak menulis entri,merangka tweet atau membuat posttumblr baru,meluahkan segala,awak kena berdoa.Atau awak boleh kemudiankan post-post tu selepas bercerita dengan Tuhan.Awak kena cerita biar Tuhan tahu lebih dahulu daripada mark zuckenberg,jack dorsey dan david karp.Apa sekalipun masalah atau kerumitan yang awak hadapi,pastinya adalah daripada Tuhan.Jadi,penyelesaian harus dariNya.


Awak yang tak keruan,
  Awak harus ingat,semasa,atau sebelum dan sesudah awak cerita kesulitan awak pada dunia,awak mesti berusaha menyelesaikan masalah itu.Seorang diri mahupun dibantu orang lain.Awak mungkin boleh menyelesaikan masalah berpandu pada apa yang Nabi tinggalkan pada kita.Mungkin cara ni orang pandang kolot dan sudah lapuk dimakan zaman,tapi,percayalah,ia paling relevan dalam menyelesaikan masalah.Sesudah itu,jika selepas berusaha,tetapi Tuhan belum tunjuk,ya,belum tunjuk,(bukan tidak tunjuk),bermakna Tuhan masih sayang awak dan mahu uji awak.


Awak yang tak keruan,
  Tuhan tak akan uji hambaNya dengan ujian yang tak dapat hamba itu tangani.Cuma terserah pada kita,usaha dan masa.Teruskan tak keruan kalau yang tak keruan tu buat awak dekat dengan Tuhan.Kalau.


Sekian,kawan yang turut merasa tak keruan. :)


p/s : guna 'awak' sebagai kata ganti diri sebab tak jumpa yang lain yang lebih sopan.bukan nak 'gedik'.
p/s/s : surat ini relevan untuk semua orang yang tak keruan,dari perdana menteri kepada mereka yang berhutang dengan along.Termasuk Ahmad.
p/s/s/s : surat ini tak dituju secara spesifik.tapi..."siapa makan cili terasa pedasnya"

No comments:

Post a Comment