pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Monday 12 December 2011

Ahmad naik kapal

*sebelum baca,sila pasang "crying alone:kajiura yuki" sebagai muzik latar.ini serious.

Ahmad buka bukuhayat@diari.
entah ada entah tidak.
tapi,yang penting,Ahmad baru perasan,
cuti Ahmad,hampir tamat.

kali ni,biar Ahmad cerita pasal cuti Ahmad,yang hampir tamat.
Cuti kali ni,Ahmad naik kapal.nama kapal,Vermittler. (sila google translate cari maksud).
Berbulan Ahmad atas kapal,belayar.Ahmad kenal orang itu,Ahmad kenal orang ini.Ahmad kenal manusia begitu,Ahmad kenal manusia begini.

banyak Ahmad belajar dalam pelayaran sepanjang cuti Ahmad,yang hampir tamat.Banyak isu Ahmad bincangkan dengan kawan se-pelayaran.Ahmad bincang isu syariat,isu 'adalah,isu ibadah dan Ahmad juga bincang isu munakahat.

Allah indahkan lagi manis pelayaran ni dengan menambah perisa masin,pahit dan masam.Allah bubuh ujian dan campak dugaan dalam bersahabat,dalam menyelesai masalah,dalam menghadapi lelah dan dalam membawa diri.

Seronok Ahmad berpeluang membuktikan teori "kebijaksanaan orang 'lama' dan semangat orang 'baru' ".Ahmad berpeluang jumpa orang dengan akronim K,Long,Bai,Jer dan pelbagai lagi.

Misi pelayaran tu sebenarnya untuk membantu dan membimbing orang.Tapi Ahmad merasakan peserta pelayaran tu,Ahmad antaranya,lebih dibimbing dan dibantu.Ahmad belajar baaaanyaaak dari pelayaran kali ni.Ahmad belajar jaga hati orang,belajar route jalan di Kuala Lumpur,belajar memahami hati budi orang lain,belajar tips munakahat.ops.cukup.

Dan,kalau ahli pelayaran lain perasan,cuti kali ni Ahmad langsung tak meliar membawa kamera.Ahmad tak rasa rugi.Sebab Ahmad rakam dalam memori.
Ahmad akan ingat satu-satu wajah orang yang belayar.
Ahmad akan ingat satu-satu lagu yang Ahmad nyanyi dengan orang yang belayar.
Ahmad akan ingat satu-satu tempat singgah kapal layar.
Ahmad akan cuba ingat.

untuk kapten,terima kasih sebab sudi jemput Ahmad belayar walau tak layak.Ahmad tahu Ahmad kecil lagi.Ahmad kan muda.terima kasih kapten Bai.

Sudah,Ahmad nak berehat mengingat-ingat yang baik pasal pelayaran.
Sekian,untuk cuti Ahmad,yang hampir tamat.

No comments:

Post a Comment