pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Sunday 11 December 2011

pengajaran dari pelancong asing

*sebelum membaca,sila mainkan "the tailor:kitaro" sebagai muzik latar.ini serious.


kurang lebih 5 hari Ahmad tidak di rumah.
kesana sini.
jumpa orang begitu begini.
sembang itu ini.
merasai macam tu macam ni.


antara waktu dalam 5 hari ni,Ahmad betul terkesan dengan senggang masa yang Ahmad luangkan di Kuala Lumpur.dalam 5 jam Ahmad duduk-duduk depan Bukit Bintang plaza.membaca sekeliling menafsir manusia.Lantas Ahmad teringat,kata-kata 'guru'nya : "kita manusia tiada kuasa menilai membandingtara manusia."


seorang pelancong asing tahu menghormati sahabat lain bangsa lain agama.
seorang pelancong asing perokok tegar tahu menghormati orang lain yang tidak merokok.
seorang pelancong asing membaca Quran mengisi masa.Ya,di BB plaza.
seorang pelancong asing tolong sama orang kedai mengutip sampah bersisa dari orang Malaysia.


Ahmad bukan taksub pelancong asing hingga berbangga bagai segala dengan pelancong asing.Cuma,laporan suratkhabar atau majalah arus perdana tentang perangai dan telatah orang asing di Malaysia tak menggambarkan seluruh imej mereka.Itu yang Ahmad belajar.Mungkin tak sampai separuh mereka yang buat kepala bermaharajalela tidak tahu adab buat masalah buat kacau di negara orang.


Jadi,Ahmad membuat keputusan,untuk tidak terus menilai manusia dengan pengaruh secara tidak langsung seperti suratkhabar,majalah dan artikel.Satu perkara yang akan membantu Ahamd menafsir manusia,dan pelancong asing khususnya iaitu Akal dan Mata.Ahmad masih belajar menggunakan ia sebaiknya,

No comments:

Post a Comment