pesanan

untuk pembaca (kalau ada),
Ahmad tak hebat menaip dan menulis.
Ahmad optimis dengan hidup yang menarik,bagi dia,yang mungkin berbeza pada orang lain.


sincerely,Ahmad

p/s:yes,I am a dreamer.

Sunday, 28 October 2012

Apa komposisi cinta?

Perbualan bermula, antara Ahmad (bukan nama sebenar) dengan Afiq.

Ahmad: " Kalau rindu, lepaskan dalam doa. Kalau rindu, khabarkan dalam sujud. Cinta itu kan yang menguatkan, bagaimana saja cinta menjadi yang melemahkan?"


Afiq: " Bagaimana cinta itu yang menjadi kekuatan, sedangkan tumpah airmata pemuda ditinggalkan kekasih? Cinta itu sendiri satu kelemahan dan melemahkan!"


Ahmad:  " Tenang, lihat Nabi, cinta Baginda pada Tuhan adalah kekuatan untuk Baginda mendirikan Solat walau kaki sudah bengkak, walau diri bersih dari dosa yang terdahulu dan yang akan datang, walau diri dijamin syurga, jadi yang bagaimana cinta itu melemahkan?"


Afiq: " Cinta itu benar-benar melemahkan! Lihat saja pada si gadis yang gagal dalam percintaan, bunuh diri jadi pilihan. Lagi, lihat saja pada si jejaka yang tumpas dalam percintaan, sehingga kononnya tak mampu fokus dalam pekerjaan. Mandi tak basah, makan tak kenyang, ah karut, itu semua kan tanda kelemahan."


Ahmad: " Afiq, kalau yang begitu, bukan cinta. Itu bukan cinta. Bukan cinta yang sebenar. Kata Tuhan dalam bahagian Ali Imran, "Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Nah, itu komposisi cinta yang sebenar, pada frasa 'ikutilah aku' itu.


Afiq: Maaf Ahmad, tak dapat saya fahami dan kaitkan ayat-ayat Tuhan tu dengan apa yang kita bualkan.


Ahmad: Nabi tak mengajar bercinta bukan pada masanya. Nabi tak mengajar bercinta tidak mengikut lunasnya. Nabi tak mengajar cinta yang tak berpaksi pada Yang Mencipta Cinta. Frasa 'ikutilah aku' itu merupakan ajakan dari Nabi, memanggil kita mencontohi si dia, baginda yang dicintai Tuhan.


Afiq: Jadi, mengikut jalan yang ditunjuk baginda Muhammad, akan menzahirkan makna cinta yang sebenar, yang menguatkan bukan melemahkan?


Ahmad: Benar, dia yang digelar kekasih Allah, yang bercinta dengan Tuhannya, malah dicintai Tuhannya.


Afiq: Jadi yang bagaimana cinta olahan baginda Muhammad? Apa komposisi cinta Muhammad pada Yang Mencipta Cinta?



Perbualan tertangguh. Ahmad (bukan nama sebenar) senyum.


Monday, 10 September 2012

Apa?

Surat khas buat Ahmad, khususnya, buat teman-teman, umumnya. 

Cinta sudah dikhianati. Dikhianati hingga cinta hanya pada paras rupa, pada lesung pipit, pada yang bermata jeli, pada yang berbibir mungil, pada yang berwajah bersih.
Apa itu cinta? 
Cinta sudah disepahkan. Disepahkan sehingga cinta manifestasinya kadang hanya di dalam semak belukar, pada pesta malam kemerdekaan, pada restoran-restoran kononnya untuk elitis.
 Apa itu cinta?
Cinta sudah dicabul. Dicabul dengan cinta hanya pada bait kata manis dalam sistem pesanan ringkas, hanya pada sela-sela kata dalam kotak berbual, hanya pada perbualan lewat malam hingga dinihari.
 Apa itu cinta?
Apakah benar cinta hanya untuk yang comel bergambar dan dipampang di dinding laman sesawang? Apa benar cinta bersemi dengan berdua bergurau senda di Starbucks? Apa benar cinta hanya untuk yang berpurdah menutup muka atau yang berserban menutup kepala?
Ahmad jadi sedih. Ahmad sendiri tak tahu apa itu cinta. Entah apa jawapan Ahmad kalau ada yang bertanya soal cinta.


Friday, 27 July 2012

PENGARUH 2.0

Salamualaikum, dan Hai. Saya Sayyid. Seperti yang saya sisipkan dalam entri sebelum ini, mengenai pengaruh, nah, ini sambungannya.


Saya tertarik dengan satu kajian berbunyi " Erikson's stages of psychosocial development ". Secara umumnya, kajian oleh Erik Erikson ini menyentuh tentang perkembangan manusia secara sihat dari lingkungan umur bayi hingga lewat dewasa dalam lapan tahap. Kalau mahu lebih fahami, google mungkin boleh membantu. Menurut kajian, dalam range umur 0-19 seseorang manusia, hidupnya berkisar pada virtues tertentu antaranya ialah hope, competence, purpose, fidelity dan will. Dan, dipercayai, di tahap ini, seorang manusia itu cenderung untuk belajar dari orang lain dan keadaan sekeliling.


Sudah, cukup dengan hujah dari dunia barat.


Dari arah dunia islam pula, sebuah hadis masyhur riwayat Bukhari dan Muslim,


 “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”.


Nah, ternyata, peranan pendidikan oleh Mama Papa secara khususnya, orang sekekeliling secara umumnya adalah penting. Penting yang kritikal. Nabi juga punya cara sendiri mendidik anak-anak. Yang Nabi ajarkan pada kita, hingga sampai tempoh tertentu saja kita dibenarkan menegur atau menegah secara fizikal, tapi tidak ekstrim sehingga mencederakan.


Sebenarnya, saya sendiri belum betul-betul menguasai ilmu pengaruh terhadap kanak-kanak, kerana saya sendiri belum punya portfolio (baca:anak) untuk menjadi bukti. Pengalaman pun, apalah sangat dibandingkan dengan orang lain. Cuma, saya betul-betul terkesan dengan peristiwa di surau beberapa minggu sudah.


Okay, semoga berjumpa lagi! Salam 1Aqidah dari Sayyid! Nah Ahmad, lepas ni giliran kamu menulis.



Thursday, 12 July 2012

PENGARUH

Salamualaikum, hai. Saya Sayyid, teman Ahmad. Dia ada pesan pada saya untuk menulis buat mengisi entri di blog dia sebab dah terlampau lama dia tidak menulis.Jadinya, Mohon tunjuk ajar ya. :)


Satu malam, usai solat isya' di sebuah surau, berjemaah bersama teman, Sayyid terdengar lima enam kanak-kanak belum capai usia remaja bermain/bergurau di belakang surau. Apa yang menarik minat Sayyid ialah gaya bahasa yang dia orang guna untuk berlelucon ialah gaya bahasa yang digunakan dalam filem-filem lokal sekarang.


"Ada aku kisah?", "kau tak puas hati ke? bak datang la!", " woi, jangan nak langsi sangat woi!" dan macam-macam lagi. Sayyid pun jadi terkejut, sampai begitu efek filem pada kanak-kanak. Dialog-dialog dalam filem lokal terutamanya, boleh dimasukkan dalam perbualan. 


Dan, memang sekarang musim cerita tempatan semua nak bergenre gangster, ganas, gaduh, maki-hamun. Secara senyap, kanak-kanak yang menonton jadi seronok dan ikut terbawa mengulang dialog-kurang-sopan pelakon dalam perbualan seharian dengan teman, bahkan lebih teruk dengan keluarga.


Oh, kejap, Sayyid lapar, nanti Sayyid sambung menulis. Boleh kan? :)


Thursday, 31 May 2012

Malu dan Takut.

masa nak baca, mainkan sekali 'if you are my love' karya Kajiura Yuki. menarik.


Masa tunggu dalam kereta, hujan renyai, Ahmad duduk selesa, dan terfikir.


Ahmad bukan sesiapa.
Ahmad malu dan takut. Bukan sebab apa, tapi Ahmad akan jadi malu dan takut bila ada orang datang pada Ahmad, dan tanya, "Ahmad, apa pandangan awak tentang hukum..." atau "Abang Ahmad, rasanya, mana universiti yang sesuai untuk saya...". Soalan-soalan berbentuk rupa ni yang buat Ahmad malu dan takut.


Ahmad bukan sesiapa.
Kecut hati Ahmad bila ada adik bertanya minta pendapat dan bantuan untuk memilih universiti untuk dia. Sedangkan Ahmad sendiri bukanlah pelajar lepasan SPM yang cemerlang sampai dapat panggilan dari Universiti-universiti hebat atau tawaran-tawaran biasiswa untuk pelajar cemerlang. Ahmad masuk menara gading pun atas kemasukan kedua. Jadi, sejauh mana autoriti Ahmad untuk memberi sebarang respon untuk soalan adik tu?


Ahmad bukan sesiapa.
Canggung Ahmad bila ada sahabat bertanya tentang kewajaran untuk sambung pelajaran ke luar negara. Sedangkan Ahmad sendiri tidak belajar luar negara. Malahan, Ahmad pernah berpeluang ke luar negara, sudah di sana, niatnya untuk sambung belajar, seminggu disana, Ahmad pulang. Jadi, sejauh mana Ahmad punya autoriti untuk respon pada pertanyaan sahabat Ahmad tu?


Ahmad bukan sesiapa.
Janggal Ahmad rasa bila ada teman meminta pandangan dan pencerahan berkenaan hukum-hakam agama. Sedangkan, untuk sesetengah hukum tu, kadang Ahmad sendiri lupa, tak tahu malahan tak buat atau langgar terus. Ahmad punyai sejarah silam yang tak berapa nak indah, jadinya, Ahmad bukanlah seorang yang sangat muhsin (baca: alim). Jadi sejauh mana autoriti Ahmad memberi pandangan atau pencerahan untuk teman Ahmad tu?


Sudahnya, Ahmad jadi malu-malu dan takut-takut nak memberi jawapan. Takut jawapan makan tuan. Tapi kekadang, Ahmad terlepas juga ya-ya bagi jawapan. Lepas tu, Ahmad akan rasa takut balik.


Ahmad hanya mampu berdoa, agar soalan-soalan tak terus datang yang buat Ahmad malu dan takut. Dan Ahmad doa agar bulan selalu terang. :(



Thursday, 17 May 2012

Istimewa, ibrah dari Taare Zameen Par.

Mereka istimewa, kita istimewa, semua istimewa.


Ahmad baru selesai menonton semula cerita menarik dan penuh mesej keluaran dunia bollywood, 'Taare Zameen Par'. Filem yang dibintangi dan dihasilkan pelakon terkenal Aamir Khan ditemani adik 'Ishaan' atau Darsheel Safary (nama sebenar). Ahmad tak berminat nak buat review atau sinopsis untuk filem hebat ni. Boleh tonton sendiri.

Taare Zameen Par, antara filem berkualiti hasil dari Hindutan.


Cuma Ahmad nak cakap, yang Ahmad dapat satu mesej jelas, tiada siapa yang tidak normal, tiada siapa yang cacat, tiada siapa yang malang, cuma Tuhan cipta kita dengan penuh keistimewaan dalam rahsia. Lihat Ishaan, dia ada penyakit, oh silap, dia ada kelebihan menghadapi disleksia, tapi dia istimewa. Tak percaya? boleh tengok balik filem tu. tak rugi. :)

Einstein dikatakan menghidap Sindrom Asperger.


Ahmad sendiri punya ahli keluarga yang istimewa, yang Tuhan hadiahkan dia keistimewaan punyai penyakit Down Syndrom. Tapi Ahmad tak nampak itu satu kekurangan mahupun kecacatan mahupun kurang normal. Ahmad anggap, dia istimewa, dan pastinya, Tuhan janjikan syurga buat dia. InsyaAllah.


Contoh orang yang diberi keistimewaan menghadapi Down syndrome.




Tuhan Maha Esa berfirman; 

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. [95,4]


Jadinya, sesiapa pun, termasuk mereka yang Tuhan anugerahkan keistimewaan seperti Disleksia, Down Sindrom, Autisma dan Sindrom Asperger adalah makhluk yang Tuhan ciptakan sebaik-baiknya, dalam rahsia. Benarlah, Tuhan bekerja penuh rahsia.


Mohon kita doakan untuk kita semua agar Tuhan tak berhenti limpahkan keistimewaan pada kita. Salam istimewa. :)



Wednesday, 16 May 2012

Sepucuk surat eletronik

Untuk Guru, yang dari semenjak Ahmad tadika, tadika, tadika (ya, Ahmad ada banyak tadika, sebab Ahmad suka belajar), Sekolah Rendah Islam Hira', Sekolah Menengah Islam Hira', Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Pusat Asasi UIAM dan Sekolah Memandu Shahbandar. Nah,


sekelumit usaha ini, pastinya belum setimpal dengan se-infiniti jasa.

Tuesday, 15 May 2012

kata dia, cinta itu.

Kata Kak Ayyatul Husna,


 Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..


Kata Kak Anna Althafunnisa',


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

berbaloi lagi tengok cerita ni dari tengok cerita..err...emm..7 petala  langit, eh, 7 petala  syurga, eh..apa-apalah.

Sunday, 6 May 2012

Ahmad, hati, terduduk, menangis.

Mama : Ahmad, malam ni, Ahmad nak makan apa? Makan nasi arab nak? Mama belikan nasi arab boleh?
Ahmad : Ala Mama, Ahmad dah bosan makan nasi arab, asyik nasi arab aja, dah selalu. Kali ni, Ahmad nak makan pizza.
Mama : Oh, jadinya, Ahmad tak mahu nasi arab, Ahmad nak makan pizza ya? Ok, Mama belikan Pizza Hut ya?
Ahmad : Ala Mama, Pizza Hut aja, kali ni, Ahmad nak makan Dominos pulak.
Mama : Ok.


***
Ahmad terduduk. Allah bagi dia macam-macam. Ahmad diberi peluang memilih menu untuk makan. Dia jadi lupa pada saudara-adik-abang dia di tempat lain. Dia minta itu, dia minta ini. Tapi jarang-jarang Ahmad bersyukur.

Ahmad terduduk. Dia memilih menu untuk makan malam. Dia bosan dengan nasi arab, dia muak dengan pizza. Dia boleh bosan dan muak?. Apa dia sudah lupa? entah saudara-adik-abang-kakak-ibu-ayah dia di tempat lain  dapat makan sesuap nasi, entah tidak. Entah mereka semua dapat peluang memilih menu untuk makan, entah tidak.

Ahmad terduduk. Hati menangis. 

Friday, 4 May 2012

Soal rezeki

Untuk semua,

Setitik air di hujung jarum
Jadi rezeki seluruh umat.
[Lefthanded]

Monday, 30 April 2012

Pemimpin


Setiap dari kita adalah pemimpin. Ayuh jadi pemimpin yang benar-benar memimpin. Dan yang bersih. :)

Thursday, 12 April 2012

belum jejak HERO

Tahap hidup Ahmad yang kali ini, Ahmad rasakan jutaan kelainan.

Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan untuk berpuasa sunat. Ahmad kata, OK!.
Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan, "musolla, musolla, solat!". Ahmad kata, OK!
Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan untuk bangkit awal tunaikan qiam. Ahmad kata, OK!
Kalau sebelum ni, di sekolah, ada aja yang mengingatkan untuk segera ke halaqah. Ahmad kata, OK!

Tapi sekarang,

Jarang-jarang ada orang ingatkan. 
Tapi, Ahmad bersyukur sebab Allah masih hantar pertolongan dgn m'hadiahkan Ahmad teman-teman bilik yg sudi mengingatkan, walaupun tak se-qawiy dulu. Dan teman-teman bulatan gembira.

Dulu, masa Ahmad masih sekolah, Ahmad selalu dengar, "zaman sekolah ni ujian tak sehebat ujian zaman universiti nanti."
Sekarang, masa Ahmad di universiti, Ahmad akan dengar, "Ahmad, zaman universiti ni ujian tak sehebat ujian zaman dah berkeluarga dah bekerjaya nanti."
Entah-entah, nanti masa Ahmad dah berkeluarga bekerjaya, Ahmad akan dengar, "Ahmad, zaman usia senja usia emas ni ujian tak sehebat ujian bila sudah dipanggil Tuhan nanti."

Akhirnya, Ahmad sendiri menyimpulkan, setiap zaman ada ujian dan setiap ujian adalah hebat. Jadi, orang yg lepas dan mampu hadapi semua uian yang hebat tu, mesti hebat dan power. Dan dia adalah seorang, HERO.

Wednesday, 8 February 2012

Ummi

sila dengar "kiss the rain : yiruma" sambil membaca.ini serious. L(-,-L)


Ahmad ada seorang ibu, seorang ummi, seorang emak.
Orang yang sama.Ibu, ummi dan emak.


Bagi Ahmad,
Ummi adalah seorang lawyer, mengajar itu salah ini betul, itu biadap ini beradab.
Ummi adalah seorang doktor, bawakan ke klinik, ummi selalu ada masa sakit, dan tahu ubat mana yang sesuai untuk Ahmad.
Ummi adalah seorang cikgu, mengajar Ahmad selok belok hidup, buat itu perlu, buat ini nanti.Dan ummi mengajar ABC.
Ummi adalah seorang penasihat kewangan, memberi saat tangan Ahmad menadah, tolong jaga duit raya, ajar Ahmad uruskan bank.
Ummi adalah seorang ustazah, Ummi ajar Ahmad syurga, Ummi ajar Ahmad baca Quran, Ummi marah saat Ahmad buat Allah marah.
Ummi adalah seorang pensyarah, mengajar Ahmad tentang Undang-undang, menolong masa Ahmad bersusah payah menghadap kerja rumah.
Ummi adalah seorang masterchef, tunjuk Ahmad cara bancuh nescafe, yang sedap, ummi masakkan masakan kegemaran Ahmad walaupun penat pulang dari tempat kerja.


Bagi Ahmad, Ummi adalah bulan, Ummi adalah awan, Ummi adalah pelangi, Ummi adalah matahari, Ummi adalah teduh semasa terik panas, Ummi adalah teduh semasa lebat hujan.


Sahabat yang mahu berperang pun disuruh berkhidmat pada ibubapa, terlebih dahulu.Redha Allah pun terletak pada redha ibubapa.


Ummi, tetap ratu hati.


P/s : Ahmad bertekad akan mencari seorang ummi seperti Ummi untuk anak-anak Ahmad.

Thursday, 2 February 2012

Saya pilih dia.

Kali ini, Ahmad muktamad.Ahmad dah sepakat pilih dia.
Banyaaaaak sebab Ahmad pilih dia.

Ahmad pilih dia sebab cara pemakaian dia.
Dia pakai kain yang kasar-kasar, tanda zuhud, sekadar menutup aurat bukan bermewah.
Dia pakai pakaian yang putih-putih, katanya, mengingatkan kita pada pakaian terakhir, kain kafan.
Dia menyarung cincin di jari, bukan sekadar untuk berhias diri, tetapi sebagai untuk dihormati.

Ahmad pilih dia sebab tersusun pada pembahagian masa dia.
Dia sempat beri makan pada orang tua, walau dalam sibuk mengurus manusia.
Dia banyak masa dengan Tuhan, walau sibuk menjawab dan menyantuni sahabat dan masyarakat..
Dia hebat bahagi giliran untuk bersama isteri-isteri, walau penat melayan karenah orang yang dengki padanya.

Jadi, ini muktamad, Ahmad pilih dia sebagai contoh, sebagai suri teladan.Dan Ahmad doa Allah mudahkan Ahmad mengikut jejak suri teladan sebab, Ahmad kerdil dan khilaf.Jauh panggang dari api.
Tuhan, tolong Ahmad.

Tuesday, 17 January 2012

kata dia,

Jinsei wa tabida !!!


Kalau betul life is a journey, dan kalau yang Ahmad bayangkan, hidup umpama highway, ada jalan lurus, ada bengkang-bengkok, bersimpang siur, dan selalunya setiap kita berpengalaman sesat dan tersalah masuk highway.Maka, kalau salah masuk highway, untuk berpusing balik, kadang memakan masa dan jarak journey tu.Setengah highway, u-turn hanya disediakan di hujung highway.Jadi, untuk berpusing balik, kalau salah masuk highway, kita kena bersabar dan bersusah payah sikit untuk buat u-turn.


Keyword entri kali ini, kalau salah masuk highway, untuk pusing balik menuju ke jalan highway yang sebenar, harus bersabar dan bersusah sikit untuk mencari u-turn dan betul-betul pusing untuk pastikan kita akan pergi ke jalan yang betul.


Jadi, memang jinsei wa tabida!.life is a journey.


sekian

Monday, 16 January 2012

expectation.

Kita tak selesa dihakimi, tak mahu dihakimi, tak rela dihakimi, tetapi dalam senyap, kita sendiri menghakimi.
Kita tak suka di-expect tinggi, kita tak mahu di-expect tinggi, tetapi dalam senyap, kita sendiri ada expectation tinggi.


Ahmad suka menembak.




kui kui kui.

Tersentak Ahmad

Tersentak Ahmad.Ahmad takut saat mendengar kata temannya, " Kalau kawan kita marah-marah, sumpah laknat segala pun kita dah rasa takut dan tak selesa, inikan pula marah-marah, sumpah laknat segala dari Tuhan.".Sambung teman Ahmad lagi, " Tuhan laknat orang yang cakap apa yang dia sendiri tak buat "

Berkaca-kaca mata Ahmad.Ahmad tahu dia nakal.Tapi Ahmad suka menegur orang, bagi peringatan dan yang sewaktu dengannya.
Kata sesetengah orang, kalau diri sendiri belum terurus, jangan mimpi nak urus orang lain.

Jadi, serba salah Ahmad.Kelam kabut Ahmad.Takut Ahmad.

Perkara yang sama bermain dalam kepala Ahmad sepanjang malam, sebelum tidur.Ahmad adalah seorang budak yang nakal, tapi punya minat dalam berhadapan dengan orang lain, kadangkala menegur orang lain.Dan, kadangkala, terbukti, malahan baru-baru ni, Ahmad sendiri tak buat apa yang dia cakap.

Ahmad takut dilaknat Tuhan.Tapi Ahmad punya kepayahan mengawal nakalnya.

Serba salah Ahmad.Kelam kabut Ahmad.Takut Ahmad.
Bukan saja pada expectation tinggi manusia lain, tapi pada pandangan Tuhan.
Ahmad jadi kelam kabut pada expectation manusia kerana manusia kekadang tak mengetahui keseluruhan episod kenakalan Ahmad.Yang diambil tahu, hanyalah pada scene nakal tu saja.Tapi, Tuhan maha kuasa tahu semua cerita.Takut-takut, dengan nakal itu Ahmad tak masuk syurga.Argh, Ahmad doa mohon dijauhkan dari api neraka.

Tolong Ahmad.Tuhan, tolong Ahmad.

Tersentak Ahmad.

Friday, 6 January 2012

Gagal

Ahmad berkali-kali gagal dalam hidup.Academically mahupun dalam living life.Ya,Ahmad adalah loser.


Berapa kali Ahmad kalah pada nafsu dan kalah pada keinginan.Berapa kali Ahmad tersungkur.Sebut aja perkara-perkara yang dianggap kesalahan, boleh jadi semuanya Ahmad dah pernah lakukan.


Dulu, Ahmad pernah,
Mencuri, Mengumpat, Mengejek orang, Ber-ikhtilat, Tinggal solat, Dan lain-lain.


Jadi, kalau ikut perkiraan orang, Ahmad sudah tidak 'suci' lagi.
Orang kata, Ahmad bikin malu saja.Konon sekolah agama, tapi buat perangai.
Orang kata, Ahmad bikin malu saja.Konon keluarga baik belaka, tapi buat perangai.
Orang kata, Ahmad bikin malu saja.Konon ikut tarbiyah program segala, tapi buat perangai.


Orang hakimi Ahmad.Orang label Ahmad.


Berkali Ahmad pening memikirkan.


"Pedulikan", kata fikiran Ahmad.
Sekarang, Ahmad lebih jelas dan ingin lebih pentingkan penghakiman dan pelabelan dari Tuhan.Bukan Ahmad pinggirkan terus lirikan pandangan manusia, cuma Ahmad akan jadikan ia sebagai komen dan penambahbaikan dalam hidup.


Ahmad pun mahu berubah.Sedang, fikir Ahmad.
Nasib baik Ahmad punya Kawan yang prihatin, punya Naqib yang memahami dan punya Ibu Ayah yang sabar.
Ahmad tahu ada orang lain begini.
Pernah terjatuh dan tersungkur, namun berusaha bangkit kembali, segagah mungkin.
Ahmad berkongsi rasa dan idea.Ahmad cadangkan seperti diatas, pedulikan apa kata orang.Jadikan pandangan Tuhan sebagai target.Ya,Ahmad tahu itu susah, Ahmad sendiri masih bertatih berlatih memikirkan semacam tu.
Tapi, bila kita dah berjaya, InsyaAllah, perkara lain akan jadi kecil.


Kalau awak nak tahu, selama ni Ahmad berperang.Bukan Ahmad kata, tapi Nabi yang kata.
Sabda Rasulullah SAW: “Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.” Para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)


Hebat kan Ahmad?. hi hi




p/s: Ahmad terasa bersalah dan bertanggungjawab sebab tulis entri se'besar' ini.Takut-takut, Ahmad sendiri tak buat.Tolong Ahmad ya.

Yang indah itu susah

Kan sabar itu susah.
Kan sabar itu perkara yang harus digagah.

Kan taubat itu payah.
Kan taubat itu capainya harus dikerah.

Tapi, kan sabar dan taubat itu indah?
Yang indah biasanya susah,
Yang indah biasanya payah.

Tenanglah kamu.